Faktor Yang Mempengaruhi Kos Pembinaan Rumah

Sekiranya anda merancang untuk membina rumah, anda perlu tahu faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kos bina rumah anda.

1. GST 6%

Ini adalah faktor utama sekarang, mengapa rata-rata harga rumah sekarang meningkat. Kerana setiap bahan binaan akan dicas 6%. Upah pekerja akan dicas GST. Malah pengangkutan bahan binaan ke tapak binaan juga akan dicas GST.

Perkara ini memang memeningkan kepala para kontraktor, kerana terpaksa menanggung banyak kos tambahan. Jadi, kos minimum yang boleh ditawarkan juga turut meningkat. Selain itu, sebagai penyedia perkhidmatan pula, servis pembinaan rumah oleh kontraktor turut dicas 6%.

Kalau dulu, nak cari rumah dari RM90-RM100/kp agak senang, sekarang (tahun 2017) kalau dapat jumpa RM110-120/kp sudah cukup baik. Tahun depan (2018), belum tentu lagi.

2. Lokasi tapak binaan

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa rumah yang mempunyai reka bentuk yang sama, dan dibina oleh kontraktor yang sama, dan mempunyai spesifikasi yang berbeza, tapi harganya adalah berbeza. Antara sebab yang biasanya diambil kira adalah disebabkan lokasi tapak.

Kalau tapak lokasi berjauhan dengan kedai hardware / kedai mendapatkan bahan binaan, pastinya kos akan meningkat. Juga, kalau tapak tu susah nak masuk, seperti mempunyai lorong kecil atau kena panjat bukit, pasti ada tambahan kerja disebabkan tidak boleh masuk jentera.

Oleh itu, kalau nak jimat kos, pastikan tapak anda senang untuk diakses oleh mereka yang bakal membina rumah anda nanti.

3. Jenis kemasan

Luas sama, reka bentuk sama, tapi “finishing” berbeza. Pasti akan lain. Ada orang prefer guna cat. Ada orang nak finsihing lain yang lebih cantik seperti tiles, batu marmar, plaster siling dan lain-lain. Jadi, walaupun keluasan tapaknya sama, bergantung kepada ciri-ciri kemasan rumah yang anda inginkan, harga pembinaan juga boleh berubah.

4. Bahan binaan

Kualiti dan jenis bahan binaan juga memainkan peranan penting dalam menetapkan kos pembinaan. Jenis lampu, saiz kipas, jenis atap, dan pilihan jenama kelengkapa seperti mangkuk tandas, sinki, dan paip air yang dipilih pasti akan menyumbang kepada perbezaan harga.

Langkah-langkah untuk mengelakkan dari terlebih bajet:

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, tapi mahukan rumah berkualiti tinggi dari segi kemasan, peralatan dan bahan binaan, maka anda perlu mengambil kira faktor-faktor ini sebelum membuat keputusan memilih pelan rumah anda.

Kalau anda pentingkan keluasan rumah dari kualiti bahan binaan dan kecantikan rumah, maka tidak ada masalah untuk anda pilih rumah yang bersaiz lebih besar. Namun, bila anda ingin rumah yang lebih cantik, maka cuba dapatkan rumah yang lebih kecil sedikit, sekitar 50-100 kaki persegi lebih kecil. Ini dapat memberikan sekitar RM5000-RM10000 bajet untuk anda menghias rumah anda.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOS MEMBINA RUMAH

 

Sekiranya anda tidak mahu mengorbankan keluasan rumah, kami ada solusi lain untuk anda.

Kami menawarkan pakej bajet pembinaan rumah iaitu RM110/kaki persegi sahaja. Namun, sekiranya anda inginkan kemasan yang lebih menarik, seperti lantai yang berjubin, tingkap yang cantik, plaster siling, lampu downlight dan sebagainya, anda hanya perlu langgan Pakej Standard kami yang bernilai RM120/kaki persegi sahaja.

Sekiranya keluasan rumah yang anda pilih adalah 800kp, anda hanya perlu tambah RM8,000 sahaja untuk kemasan yang lebih menarik, tanpa mengorbankan keluasan rumah yang anda inginkan.

Lihat pakej rumah yang kami sediakan atau whatsapp kami di 013-9448238 untuk maklumat lanjut.