Jenis Kemasan Kayu – Panduan Menghias Rumah

Anda ada perabot, pintu atau frame baru? Berikut adalah jenis-jenis kemasan yang anda boleh gunakan.

1. Cat minyak

Ini merupakan pilihan paling senang, dan untuk aplikasinya pun senang. Cat minyak biasanya boleh digunakan untuk pintu atau besi.

Kelebihannya:
– Pilihan warna yang banyak
– Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk apply
– Tahan Lama
– Ada lapisan perlindungan yang kuat – Kalis air, kalis anai-anai
– Senang cari di mana-mana kedai hardware / kedai cat

Kekurangan
– Cat minyak tidak menampakkan permukaan kayu. Corak kayu biasanya tenggelam.

Biasanya digunakan untuk frame tingkap, frame pintu, dan cat pintu.

cat minyak

Contoh Permukaan Cat Minyak

2. Varnish

Varnish merupakan satu lapisan perlindungan yang keras dan lutsinar untuk melindungi permukaan kayu. Biasanya ia mempunyai permukaan yang berkilat, dan bersifat lebih berat.

Kelebihannya:
– Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk apply
– Senang apply
– Tahan Lama
– Ada lapisan perlindungan yang kuat – Kalis air, kalis anai-anai
– Senang cari di mana-mana kedai hardware / kedai cat

Kekurangan
– ‘Feel’ kayu kurang
– Permukaan atau warna kayu mestilah cantik, kerana varnish tidak memberi sebarang warna kepada kayu

Biasanya varnish digunakan untuk permukaan lantai kayu, kerana sifatnya yang keras dan tahan lama.

varnish

Varnish

3. Shellac

Shellac merupakan rembesan yang didapati dari sejenis kumbang. Ia bersifat semula jadi, dan mudah untuk digunakan dan juga untuk dilarutkan. Ia biasanya dicampur dengan pigmen warna untuk dapatkan warna yang menarik.

Kelebihannya:
– Rupa permukaan lebih cantik
– Mempunyai pilihan warna
– Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk apply
– Lebih senang apply dari Varnish
– Ada lapisan perlindungan yang kuat – Kalis air, kalis anai-anai
– Senang cari di mana-mana kedai hardware / kedai cat

Kekurangan
– ‘Feel’ kayu kurang
– Tidak tahan lama sekiranya didedahkan kepada pencair shellac atau alkohol.

Biasanya shellac digunakan untuk barangan antik dan frame cermin.

Shellac

Shellac

4. Minyak

Bagi mereka yang ingin mengekalkan ‘kayu’ sesuatu perabot, biasanya minyak akan digunakan. Jenis minyak adalah seperti Tung Oil dan Linseed Oil.

Kelebihannya:
– Menampakkan corak kayu dan memberikan ‘feel’ kayu
– Sangat senang untuk apply

Kekurangan
– Tiada lapisan perlindungan
– Tidak tahan lama. Biasanya kena selalu buat maintenance

Biasanya minyak digunakan untuk barangan dapur atau hiasan rumah kerana sifatnya yang lebih alami. Untuk melakukan maintenance juga tidak susah, dapatkan sahaja minyak seperti Dung Oil atau Linseed Oil dan sapu dengan kain.

Kemasan Minyak

Minyak

5. Danish Oil

Danish Oil merupakan campuran minyak, varnish dan lain-lain bahan. Ia dicipta untuk mengatasi kekurangan minyak dengan memberikan perlindungan lebih. Juga untuk mengatasi kekurangan varnish dengan memberikan rasa semula jadi kayu.

Kelebihannya:
– Menampakkan corak kayu dan memberikan ‘feel’ kayu
– Sangat senang untuk apply
– Mempunyai sedikit lapisan perlindungan

Kekurangan
– Lapisan perlindungan tidak sesempurna varnish, polyurethane atau lacquer.
– Tidak tahan lama. Biasanya kena selalu buat maintenance.

Danish Oil

Danish Oil

6. Stain

“Stain” merupakan pewarna yang dicampur dengan pelarut jenis air atau minyak. Ia digunakan untuk memberikan warna kepada permukaan kayu. Ia sangat mudah diserap kayu.

Kelebihannya:
– Menampakkan corak kayu dan memberikan ‘feel’ kayu
– Mengubah warna kayu kepada warna kegemaran kita
– Mempunyai pelbagai pilihan warna

Kekurangan
– Tidak mempunyai lapisan perlindungan.
– Memerlukan kemahiran pakar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Biasanya lapisan “Stain” digunakan untuk mengubah warna kayu, dan kemudiannya disadur dengan lapisan perlindungan seperti varnish, polyurethane atau lacquer.

Wood Stain

Wood Stain

Apakah kemasan kayu kegemaran anda? Tinggalkan komen di bawah untuk sebarang pertanyaan berkenaan kemasan kayu.

ANDA MENCARI TUKANG CAT UNTUK CAT PERABOT ANDA?

Sekiranya anda mencari tukang cat rumah atau tukang cat perabot yang berpengalaman, kami bersedia membantu anda. Untuk sebarang jenis kemasan seperti kayu, dinding, perabot, bumbung dan lain-lain. Hubungi kami di 013-9448238 atau isikan borang ini untuk pertanyaan lanjut.