Kontraktor bata IBS (Interlocking Brick System)

Anda mencari kontraktor bata IBS di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan? Kami merupakan kontraktor yang aktif dan giat menjalankan projek-projek pembinaan rumah menggunakan bata IBS.

Bukan Semua Kontraktor Mahu Menggunakan Bata IBS Semasa Membina Rumah, Kerana:

1. Memerlukan Kemahiran yang Betul

Pembinaan rumah menggunakan bata IBS memerlukan kemahiran dan pengalaman yang sesuai. Ia bukan seperti membina rumah menggunakan bata biasa.

2. Kos bata yang lebih mahal

Disebabkan kos bata yang mahal, ramai kontraktor yang tidak berani menggunakan bata IBS, kerana sedikit kesilapan sahaja boleh menyebabkan kerugian pada kontraktor.

3. Sukar mendapat bekalan bata IBS yang berkualiti tinggi

Bata IBS hanya boleh didapati dari berapa sumber sahaja sekarang, dan ada di antara sumber tersebut hanya membekalkan kualiti bata yang rendah.

Kelebihan Kami Sebagai Kontraktor Bata IBS

Pengalaman Kami Yang Luas

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman kami membina rumah-ruah menggunakan bata IBS, kami mampu menawarkan pembinaan rumah IBS dengan harga yang setanding dengan binaan menggunakan bata biasa mahupun konkrit IBS.

Kami Menggunakan Bata yang Berkualiti

Kami juga tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bata yang berkualiti, kerana kami mempunyai kilang bata IBS yang sendiri di Salak Tinggi. Kami sangat mementingkan kualiti semasa mengeluarkan bata kami.

Khidmat Nasihat yang Professional

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, atau mahukan rumah mewah yang mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, kami menyediakan khidmat nasihat professional percuma untuk anda. Anda ingin tahu mengenai bajet? Pelan rumah? Interior design? Peralatan & kelengkapan rumah? Kami sentiasa ada untuk memenuhi keperluan anda.

LIHAT PAKEJ BINA RUMAH YANG KAMI TAWARKAN UNTUK ANDA

Kami menyediakan pakej membina rumah yang terbaik untuk anda, mengikut bajet anda tersendiri. Harga rumah serendah RM110 kaki persegi sahaja! Hubungi kami di 013-9880959 atau lihat pakej bina rumah kami.