Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
- Kategori: Pakej Rumah
Kami menyediakan pakej bina rumah di atas tanah sendiri di lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Harga yang kami tawarkan adalah sekitar RM110-RM145 / kaki persegi, bergantung kepada spesifikasi rumah yang dipilih.
Berikut adalah pakej-pakej yang kami tawarkan:
Pakej Basic - dari RM110/kaki persegi
Pakej Asas ini adalah pakej yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad namun tetap mahukan rumah yang selesa dan berfungsi dengan baik.
Para pelanggan boleh membina rumah sendiri dengan harga serendah RM110/kaki persegi sahaja. Walaupun murah, kualiti bahan binaan dan kerja tetap akan dijaga sebaik mungkin.
Dalam pakej ini, pelanggan kami bakal memperoleh:
– Sebuah rumah yang siap untuk diduduki
– Lengkap dengan peralatan elektrik dan air
– Jenis atap : Metal Deck
– Kemasan lantai: Separa tile (Bilik air dan dapur sahaja) dan simen
Kelebihan pakej ini:
– Lebih murah berbanding pakej-pakej lain
– Rumah siap lebih cepat (Sekitar 1 bulan)
– Disebabkan rekabentuk dan spesifikasi yang simple, rumah lebih mudah dibina dan sukar berlaku sebarang kerosakan
Kekurangan pakej ini:
– Finishing yang tidak secantik pakej lain
Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin membina rumah dengan kos yang rendah dan mereka yang mempunyai bajet yang terhad.
Pakej Standard - dari RM120/kaki persegi
Pakej Standard ini adalah pakej yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad namun mahukan rumah yang lengkap dan bergaya.
Para pelanggan boleh membina rumah sendiri dengan harga serendah RM120/kaki persegi sahaja. Reka bentuk rumah lebih cantik dan kelengkapan rumah ditambah baik.
Dalam pakej ini, pelanggan kami bakal memperoleh:
– Sebuah rumah yang siap untuk diduduki
– Lengkap dengan peralatan elektrik dan air
– Jenis atap : Metal Deck
– Kemasan lantai: Fully tiled
Kelebihan:
– Harga yang berpatuan
– Tempoh pembinaan yang pendek (1-2 bulan)
– Reka bentuk yang menarik
– Finishing yang lebih cantik
Kekurangan:
– Memerlukan sedikit masa tambahan untuk siap
– Stok kelengkapan sedia ada terhad
Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin merasa menduduki rumah separa mewah dengan bajet yang terhad.
Pakej Advance - dari RM145/kaki persegi
Pakej untuk mereka yang ingin memiliki rumah yang cantik, lengkap dengan keperluan dan peralatan-peralatan berjenama. Miliki rumah idaman anda dengan harga bermula RM145/kaki persegi.
Dalam pakej ini, pelanggan kami bakal memperoleh:
– Sebuah rumah yang siap untuk diduduki
– Lengkap dengan peralatan elektrik dan air
– Jenis atap : Metal Sheet / Atap genting (Boleh pilih)
– Kemasan lantai: Fully tiled
Kelebihan:
– Reka bentuk rumah yang cantik
– Interior design yang cantik
– Peralatan dan kelengkapan berjenama
– Finishing yang lebih cantik
Kekurangan:
– Mengambil masa paling lama untuk siap (Antara 2-6 bulan mengikut saiz)
– Stok kelengkapan sedia ada terhad
Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin merasa menduduki rumah mewah dengan harga yang jauh lebih murah dari beli rumah yang sudah siap.
Apa yang Termasuk dalam Pakej?
Untuk semua pakej yang ditawarkan, harga termasuk:
– Kos bahan binaan
– Upah pekerja dari awal sehingga akhir pembinaan
– Kelengkapan asas seperti tingkap, pintu, lampu, kipas, tandas dan lain-lain.
Tidak termasuk:
– Harga tanah
– Kos arkitek/plan
– Deposit air & elektrik
– Kos tambak tanah (Sekiranya perlu)
– Yuran guaman (Sekiranya ada)
Kelebihan yang kami tawarkan:
– Jaminan untuk sebarang kerosakan selama 1 tahun
– Konsultasi percuma
– Proposal dan sebut harga percuma
4 COMMENTS
Zalizan Mohd Tahir
May 9, 2018, 11:09 am REPLYHubungi saya
Amirul Najmi Gunting
June 6, 2018, 5:07 pm REPLYBudget RM60000 utk rmh 3 bilik,2 bilik air?
Bina Rumah IBS@Amirul Najmi Gunting
June 7, 2018, 8:33 am REPLYBoleh tuan (y). Kalau berminat, boleh whatsapp saya di 018-9880959 (Farhan)
izzat
August 29, 2018, 4:10 pm REPLYsaya nak buat rumah atas tanah isteri. macam mana ya?