Rumah Mampu Milik Sekitar KL, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan

Anda mencari kontraktor rumah mampu milik? Kami merupakan kontraktor yang aktif dan giat menjalankan projek-projek pembinaan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Untuk memiliki rumah sendiri, biasanya akan ada dua pilihan. Yang pertama, adalah dengan membeli rumah yang sudah siap dari pemaju. Manakala, pilihan kedua adalah dengan membina rumah baru atas tanah milik sendiri.

Beli Rumah Yang Sudah Siap

Kelebihan:

1.  Proses memiliki lebih senang, kerana boleh membuat permohonan pinjaman perumahan dari bank

2. Urusan guaman, urusan menukar nama semua lebih senang.

3. Tidak perlu berurusan dengan kontraktor atau tukang rumah. Hanya keluarkan duit untuk deposit, dan baki dibayar secara ansuran kepada bank.

Kekurangan:

1. Sukar untuk diubahsuai mengikut cita rasa sendiri sekiranya kita tidak berkenan kepada reka bentuk yang sedia ada. Sekiranya boleh sekalipun, kos untuk ubah suai biasanya agak mahal.

2. Harganya jauh lebih mahal berbanding membina rumah atas tanah sendiri.

Contoh pemaju perumahan yang popular di malaysia adalah Sime Darby Property

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Kelebihan

1. Kos keseluruhan adalah lebih murah, sesuai untuk mereka yang ingin miliki rumah dengan bajet yang terhad.

2. Boleh menggunakan reka bentuk rumah sendiri, hanya perlu minta bantuan pelukis plan dan arkitek, dan maklumkan kepada kontraktor.

3. Kos ubah suai, menambah bilik dan lain-lain masih boleh dilakukan sekiranya ruang tanah mencukupi.

Kekurangan

1. Mudah berlaku komplikasi apabila menggunakan khidmat kontraktor yang salah

2. Memerlukan duit tunai yang banyak

3. Memerlukan tanah lot sendiri

4. Hanya boleh mendapatkan pinjaman peribadi sahaja. Pinjaman peribadi mempunyai kadar keuntungan yang lebih tinggi dari pinjaman perumahan, menyebabkan jumlah hutang kita jadi tinggi.

Rumah Mampu Milik

Lantik Kami Sebagai Kontraktor Rumah Mampu Milik Anda

Pengalaman Kami Yang Luas

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman kami membina rumah-ruah menggunakan bata IBS, kami mampu menawarkan pembinaan rumah IBS dengan harga yang setanding dengan binaan menggunakan bata biasa mahupun konkrit IBS.

Harga Rumah Mampu Milik Serendah RM50k

Harga rumah mampu milik yang kami tawarkan adalah serendah RM50k untuk rumah 400kp. Sekiranya anda mahukan rumah yang lebih luas dan selesa, harganya adalah sekitar RM80-90k sahaja untuk rumah 700-800kp. Dapatkan rumah idaman anda dengan harga serendah RM110/kp.

Khidmat Nasihat yang Professional

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, atau mahukan rumah mewah yang mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, kami menyediakan khidmat nasihat professional percuma untuk anda. Anda ingin tahu mengenai bajet? Pelan rumah? Interior design? Peralatan & kelengkapan rumah? Kami sentiasa ada untuk memenuhi keperluan anda.

LIHAT PAKEJ BINA RUMAH YANG KAMI TAWARKAN UNTUK ANDA

Kami menyediakan pakej membina rumah yang terbaik untuk anda, mengikut bajet anda tersendiri. Harga rumah serendah RM110 kaki persegi sahaja! Hubungi kami di 013-9448238 atau lihat pakej bina rumah kami.