Sistem Rumah IBS – Panel IBS dan Bata Interlock

Di Malaysia ini, ada dua jenis sistem IBS yang popular, iaitu:

1. Industrialised Building System – Sistem pembinaan berdasarkan konkrit pasang siap
2. Interlocking Brick System – Sistem pembinaan menggunakan bata interlock

Sistem IBS Panel

Sistem “Panel” IBS

Sistem Bata IBS

Sistem “Bata” IBS

Apakah Itu Sistem IBS?

Industrialised building system bermaksud sistem pembinaan berindustri. Dengan sitem IBS, bahan-bahan untuk tujuan pembinaan disiapkan terlebih dahulu di tempat lain dan dibawa ke tapak binaan untuk dilengkapkan. Ia berbeza dengan kaedah konvensional, di mana bahan-bahan binaan dibuat di tapak binaan itu sendiri.

Pihak kerajaan, melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sekarang giat mempromosikan sistem IBS ini ke supaya diguna pakai dalam semua jenis pembinaan bangunan.

Industrialised building system bermaksud sistem pembinaan berindustri. Dengan sitem IBS, bahan-bahan untuk tujuan pembinaan disiapkan terlebih dahulu di tempat lain dan dibawa ke tapak binaan untuk dilengkapkan. Ia berbeza dengan kaedah konvensional, di mana bahan-bahan binaan dibuat di tapak binaan itu sendiri.

Pihak kerajaan, melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sekarang giat mempromosikan sistem IBS ini ke supaya diguna pakai dalam semua jenis pembinaan bangunan.

Mengapa Gunakan IBS?

Penggunaan sistem IBS dijangkakan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan. Setiap produk adalah dibuat di kilang / tapak khas, dan perlulah mengikuti ujian / piawaian yang ditetapkan sebelum digunakan untuk pembinaan.

Dengan penetapan standard begini, ia akan mengurangkan ketidakseimbangan kualiti pembinaan di tapak.  Ini kerana, setiap tukang tidak mempunyai kemahiran yang sama, dan untuk mencapai standard tukang yang sama adalah jauh lebih sukar dari mencipta standard untuk produk binaan yang dihasilkan di kilang.

Selain itu, penggunaan sistem IBS juga dijangka mampu meningkatkan masa dan kos buruh untuk menyiapkan satu projek.

Kelebihan Sistem IBS

Bahan Binaan yang Berkualiti Tinggi

Bahan binaan untuk penggunaan IBS dihasilkan di kilang, dan bukannya di tapak projek. Biasanya ia lebih berkualiti tinggi, dan perlu melepasi piawaian khas IBS.

Menjimatkan Masa Pembinaan

Menggunakan konsep pasang siap, bahan-bahan IBS dibawa dari kilang-kilang IBS dan dipasang siap di tapak projek, menyebabkan tempoh masa untuk menyiapkan satu projek dapat dikurangkan.

Menjimatkan Kos Buruh

Sistem IBS merupakan sistem yang sangat mudah, menyebabkan kurangnya keperluan terhadap pekerja-pekerja yang mahir. Bilangan pekerja am dan pekerja mahir yang diperlukan untuk setiap projek boleh dikurangkan.

Apakah Itu Bata Interlock?

Berbeza dengan sistem IBS yang biasanya menggunakan konkrit, bata interlock adalah bata yang berupa seperti kepingan Lego. Bata interlock tidaklah termasuk di dalam kategori industrialized building system (IBS), kerana memang dari dulu lagi, bahawa bahan binaan seperti batu batu disiapkan di tempat lain, dan bukan di tapak projek.

Walaupun begitu, secara objektifnya Bata IBS (Interlocking Brick System), adalah sangat hampir kepada tujuan pembinaan yang berasaskan sistem IBS.

Ia juga meningkatkan kualiti bahan binaan, menyingkatkan masa pembinaan, dan menjimatkan kos buruh.

Mengapa Gunakan Bata Interlock?

Walaupun sistem IBS adalah lebih fleksibel berbanding bata interlock, penggunaan bata interlock amatlah membantu dalam sesetengah keadaan.

Terutamanya apabila membina rumah yang ingin mengurangkan penggunaan konkrit, dan juga apabila pemilik rumah mahukan nilai astetik yang ada pada bata Interlock.

Secara umumnya, pembinaan menggunakan bata interlock dipilih kerana:

– Lebih alami. Di sesetengah tempat, bata interlock dipanggil “Earth Block”, kerana ia menggunakan tanah dari bumi, dan binaan yang dihasilkan sangat mirip dengan ciri-ciri yang dimiliki bumi.

– Potensi dan nilai astetik. Sekiranya dibuat dan dirancang dengan baik, penggunaan bata interlock mampu menghasilkan binaan yang cukup cantik

– Suhunya yang sejuk. Majoriti orang memilih bata interlock adalah kerana rumah yang terhasil dari bata interlock adalah sangat sejuk. Ditambah dengan reka bentuk atap dan siling yang bagus, rumah boleh menjadi serendah 3.5 darjah lebih sejuk dari luar rumah.

Kelebihan Bata Interlock

Bata Interlock Adalah Lebih Alami

Bata interlock adalah lebih mesra alam. Rupa dan reka bentuknya memberikan bahan binaan perasaan yang lebih unik dan semula jadi.

Suhu Rumah yang Sejuk

Bata interlock mempunyai jisim suhu yang sangat tinggi. Ia memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk dipanaskan, bermakna ia mampu menghalang suhu dari luar untuk masuk ke dalam rumah. Penggunaan air-cond juga dapat dijimatkan, kerana suhu sejuk di dalam rumah tidak boleh keluar dari rumah dengan mudah.

Tahan Lama

Bata IBS adalah sangat kuat, jauh lebih kuat dari bata simen, tanah liat, dan konkrit. Oleh itu, banyak bangunan terutamanya di kawasan yang sering berlaku gempa bumi dan banjir besar menggunakan bata seperti ini.

Contoh Rumah Bata IBS

Contoh rumah yang menggunakan Bata IBS / Interlock

LIHAT PAKEJ BINA RUMAH YANG KAMI TAWARKAN UNTUK ANDA

Kami menyediakan pakej membina rumah yang terbaik untuk anda, mengikut bajet anda tersendiri. Harga rumah serendah RM110 kaki persegi sahaja! Hubungi kami di 013-9448238 atau lihat pakej bina rumah kami.